Sabtu, 28 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » » » » Desak Nazri Aziz jawab isu anak guna kereta mewah Michael Chia

Desak Nazri Aziz jawab isu anak guna kereta mewah Michael Chia

(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 6 November: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz didesak menjawab  isu anaknya menggunakan kenderaan mewah, Hummer milik Michael Chia, usahawan balak dari Sabah yang merupakan individu utama dalam skandal penyeludupan RM40 juta.
Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail berkata, Nazri perlu menghuraikan secara terperinci kerana beliau dilihat bermati-matian mempertahan Chia sejak isu penyeludupan wang RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman didedah kepada umum.
“Dengan kemewahan luar biasa seperti itu, ditambah pula jawapan Nazri yang acuh tak acuh, ia seolah-olah memberi gambaran kepada rakyat bahawa anak menteri dihalalkan untuk mengaut keuntungan tak kira dengan cara apa sekalipun,” katanya ketika dihubungi.
Beliau menempelak pemimpin Umno yang bermewah, sedangkan rakyat di bawah semakin ditindas.
“Dari mana sumber kemewahan seperti itu? Nazri perlu menjelaskannya dan jika gagal, beliau perlu letak jawatan serta merta, sama seperti Shahrizat Jalil,” tegasnya.
 selengkapnya

Tidak ada komentar:

Posting Komentar